Lawati laman Facebook kami untuk mengenali kami dengan lebih dekat!!
Emailkan sebarang pertanyaan & persoalan kepada kami!
Lawati laman Twitter kami untuk mengikuti update terkini kami di twitter!


Personaliti Minyak Wangi

CHRISTOPHER memberi tip memilih minyak wangi.


KEBANYAKAN orang sama ada lelaki atau perempuan sering tidak membuat pertimbangan tepat ketika membeli minyak wangi. Penilaian yang dibuat berdasarkan semburan minimum pada pergelangan tangan atau kertas keras yang diberikan jurujual belum cukup menjadi penentu kepada keputusan akhir.
Ironinya, memilih haruman yang bersesuaian dengan tubuh adalah satu tugas rumit. Wangian yang dihidu pada kertas keras itu dan tubuh anda tidak boleh dijadikan perbandingan memandangkan ia cenderung memberikan tindak balas yang berbeza.
Bau minyak wangi tidak sama dengan apa yang anda hidu di dalam botol, pada kertas keras dan kulit. Bau pertama yang meresap ke dalam deria hidung ialah haruman utama (topnote). Ia merupakan bahagian terkuat dalam sesuatu haruman tetapi baunya paling pantas hilang.
Selepas itu, bau haruman pertengahan (midnote) akan dibebaskan yang kemudiannya digantikan dengan haruman dasar (basenote). Basenote ialah bau yang kekal paling lama dan mampu bertahan sehingga 24 jam, bergantung kepada jenis minyak wangi.

KUNJUNGAN ke The House of Amouage mendekatkan pengguna kepada minyak wangi yang ideal.


Selain amaun semburan yang melampaui batas, memakai minyak wangi yang tidak bertepatan dengan tubuh badan juga adalah kesilapan besar. Sekiranya bau minyak wangi anda hilang dengan pantas, usah menggunakan cara kolot dengan menyemburkan lebih banyak wangian.
“Bukan semua minyak wangi sesuai dengan kita. Disebabkan itu, kita perlu teliti dalam mengenal pasti haruman yang sesuai dengan tubuh badan.
“Kalau minyak wangi itu tidak bertahan lama pada tubuh anda, mungkin anda perlu menukar kepada wangian yang lain. Cuba bereksperimen dengan beberapa minyak wangi dan pada akhirnya, anda akan mendapat haruman yang bertepatan dengan diri.
“Setiap minyak wangi juga melambangkan personaliti diri seseorang. Oleh yang demikian jangan tersilap memilih haruman yang tidak berpadanan dengan karakter diri anda,” ujar Pengarah Kreatif Amouage, Christopher Chong ketika ditemui pada majlis pelancaran minyak wangi baharu di The House of Amouage, Beloved di Starhill Gallery, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

PENGGUNA perlu mengetahui bahawa minyak wangi yang sama memberi kesan berbeza terhadap orang yang berlainan.


Cara semburan
Menurut Christopher, ramai wanita mengaplikasikan teknik semburan minyak wangi yang salah. Haruman sebenarnya tidak perlu disembur pada rambut dan keseluruhan tubuh badan.
“Bahagian yang perlu diberi keutamaan golongan wanita ialah dada. Lelaki pula digalakkan menyembur wangian pada belakang telinga, belakang betis dan pergelangan tangan.
“Satu lagi kesilapan yang sering orang lakukan adalah menggosok pergelangan tangan selepas menyembur minyak wangi. Tindakan ini boleh membuatkan molekul minyak wangi itu pecah sekali gus membuatkan bau haruman hilang lebih pantas daripada jangka masa sebenarnya.
“Biarkan ia meresap sendiri ke dalam kulit,” jelas Christopher.


Sumber Kosmo~

Categories: