Lawati laman Facebook kami untuk mengenali kami dengan lebih dekat!!
Emailkan sebarang pertanyaan & persoalan kepada kami!
Lawati laman Twitter kami untuk mengikuti update terkini kami di twitter!

Mengapa Kayu Gaharu Amat Bernilai

Gaharu berasal dari perkataan Sanskrit iaitu "agaru" yang bererti kayu berat (tenggelam) yang menghasilkan produk damar atau resin dengan aroma yang harum apabila dibakar. Kayu gaharu dikenali sebagai agar wood, aloes wood dan eagle wood.

Kayu gaharu mengandungi bahan agarospirai, jinkoholeremol yang menghasilkan aroma gaharu untuk kegunaan minyak wangi. Manakala komponen methoxypenylethyl chrome pula menghasilkan bahan yang harum apabila gaharu dibakar.

Pengguna gaharu merentasi sempadan negara, bangsa dan agama. gaharu digunakan untuk tujuan keagamaan dan di timur tengah, gaharu dibakar untuk mengharumkan rumah. Manusia menggunakan gaharu semasa hidup dan ketika berlaku kematian. Ia digunakan juga untuk tujuan perubatan dan juga kecantikan.

Daun, akar dan kulit kayu gaharu digunakan sebagi ubat anti malaria sementara air sulingan penghasilan gaharu dimasukkan perubatan selepas bersalin, antibiotik, anti kanser, penyakit kewanitaan, demam, sakit badan dan sakit perut.

Gaharu digunakan sebagai bahan kecantikan sejak berabad lalu kerana baunya yang eksotik, harum dan mewangi seperti bunga. Serbuk daripada batangnya digunakan untuk menghasilkan barangan kecantikan, sabun, lilin, ubat-ubatan dan minyak wangi.

Keharumannya dapat digunakan dalam bidang meditasi untuk mengurangkan stress. Ia juga penyakit digunakan untuk mengubati penyakit kulit seperti kegatalan dan bengkak. Minyak gaharu dapat memberi ketenangan dan kerehatan minda. Ia juga dapat menyembuhkan kesan terbakar, menghalang pengeluaran peluh secara berlebihan serta membantu keseimbangan badan.

Pati minyak dan adunan kayu gaharu berkhasiat merawat kulit seperti jerawat, ulser dan ruam. Khasiat kayu yang pelbagai menyebabkan kayu gaharu digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk wangian, ubat salap, losyen, barangan hias diri dan minyak urutan.

Antara khasiatnya seperti berikut:
- Mengurangkan dan melegakan stress (aromatheraphy)
- Memberi keyakinan diri serta senang didampingi dan berkomunikasi juga mengawal kemarahan serta menstabilkan hormon.
- Membantu mengubah sikap keperibadian serta mengatasi tekanan perasaan.
- Membantu mencerdaskan minda dan IQ.
- Membantu mengatasi sikap panas baran.
- Membantu memberi kesegaran berfikir serta menguatkan daya ingatan juga mudah mendapat idea serta pintar dan bijak.
- Memberi kesegaran akibat keletihan dan kelesuan juga menambah ketenangan serta merehatkan fikiran.
- Memulihkan tenaga semulajadi.

Dari hasil penelitian yang ada, gaharu dikenali mampu mengobati penyakit stress, asma, liver, ginjal, radang lambung, radang usus, rhematik, tumor dan kanser. Kini penggunaan gaharu sebagai ubat terus meningkat. Sampai saat ini, pemanfaatan gaharu masih dalam bentuk bahan baku (kayu bulatan, cacahan, bubuk, atau fosil kayu yang sudah terkubur. Setiap bentuk produk gaharu tersebut mempunyai bentuk dan sifat yang berbeza.
Gaharu mempunyai kandungan resin atau damar wangi yang mengeluarkan aroma dengan keharuman yang khas. Dari aromanya itu yang sangat popular bahkan sangat disukai oleh masyarakat negara-negara di Timur Tengah, Arad Saudi, Yaman, Oman, dataran China, Korea dan Jepun sehingga diperlukan sebagai bahan asas industri perfume, ubat-ubatan, kosmetik dan pengawet berbagai jenis aksesori.

Dengan seiringnya perkembangan ilmu pengtahuan dan teknologi industri, gaharu bukan hanya berguna sebagai bahan untuk industri wangi-wangian sahaja, tetapi juga secara klinikal dapat dimanfaatkan sebagai ubat. Gaharu boleh diguna sebagai ubat anti asma, anti mikroba, stimulant kerja saraf dan pencernaan, ubat sakit perut, perangsang nafssu berahi, penghilang rasa sakit, kanser, tersedak, tumor paru-paru, ubat tumor usus, penghilang stress, gangguan ginjal, hepatitis, sirosis dan kosmetik untuk (perawat wajah dan menghaluskan kulit).


MINYAK WANGi
Minyak Wangi mula dikesan digunakan sejak 4000 tahun dahulu lagi, di zaman Mesopotamia dan diikuti pula oleh Egyptian, tetapi Arabian yang pertama menghasilkan minyak wangi dari ‘petal Rose’,ia bukan sahaja digunakan sebagai minyak wangi sahaja tapi untuk tujuan perubatan.
Gaharu juga dikenali sebagai karas, depu bagi sesetengah nama tempatan, ia juga dikenali ditimur tengah sebagai ‘Oud/Oudh’ (Agarwood), nama saintifik ‘Aquilaria malaccensis’, ‘Aqualaria crassna’ merupakan yang paling selalu digunakan dalam penghasilan Minyak Gaharu. Gaharu sudah dikesan digunakan lebih 2000 tahun dahulu lagi.
Kami di Oudperfumes.com ingin memperkenalkan bau-bauan minyak wangi yang menggunakan pati oil-base gaharu sebagai solvent bagi pengikat bau dalam minyak wangi kami.
Perhatian jangan Terkeliru, gaharu biasanya dikenali kepada 2 bahagian yang popular:
  1. Minyak gaharu-minyak yang diperolehi dengan mengekstrak dari gaharu/oudh/agarwood, dan biasaya bewarna Coklat Kehitaman. Harga 1 tola/12ml boleh mencecah ribuan ringgit.
  2. Minyak Wangi gaharu-ekstrak gaharu yang dicampurkan dengan pati bunga. Gaharu berfungsi sebagai pengikat bau dalam campuran ekstrak gaharu dan pati bunga. Harganya dianggarkan 1tola/12ml =Rm100. Disebabkan gaharu digunakan sebagai pengikat bau maka bau di Minyak Wangi Gaharu mempunyai keunikan dan kaya dengan'Aromatherapi'.
    Minyak Wangi Gaharu dihasilkan melalui proses bioteknologi dan tidak menggunakan sebarang campuran yang Was-was serta tidak mengandungi sebarang Alcohol dan 'Free Lard'. Dijamin 100% dihasilkan oleh Bumiputra Islam.
    Apa yang unik adalah semakin lama minyak wangi disimpan semakin kuat baunya
    (Tiada tarikh Luput).


    Categories: