Lawati laman Facebook kami untuk mengenali kami dengan lebih dekat!!
Emailkan sebarang pertanyaan & persoalan kepada kami!
Lawati laman Twitter kami untuk mengikuti update terkini kami di twitter!

Mengenali Bahan Asal Minyak Wangi


Kenali Bahan Asal Aroma Minyak Wangi

Bahan Asal Aroma Minyak Wangi

SEPERTI wanita, lelaki juga tidak boleh dipisahkan dengan minyak wangi. Cuma bezanya, haruman yang dibuat untuk wanita lebih kepada aroma bunga-bungaan berbanding aroma untuk lelaki yang banyak diperoleh daripada haiwan. Selain haiwan dan tumbuhan-tumbuhaan(khususnya bunga-bungaan), yang dianggap sebagai bahan mentah utama, pati minyak wangi juga dihasilkan melalui proses sintesis.Penyelidikan berterusan dan penggunaan bahan mentah yang berkualiti adalah elemen penting dalam pembuatan minyak wangi atau perfume.
Perkembangan teknologi menyaksikan penciptaan minyak wangi tidak lagi semata-mata bergantung kepada bahan mentah yang biasa digunakan.Proses kimia mula dilibatkan sekali gus berperanan dalam meningkatkan kualitinya.Jangan terkejut, jika minyak wangi kegemaran anda sebenamya dibuat menggunakan bahan-banah daripada haiwan.
AmbergrisBahan ini diperoleh daripada sperma ikan paus yang sudah mati dan kerana itu penggunaannya. tidak dibantah oleh kumpulan pencinta hidupan liar. la digunakan untuk meningkatkan aroma minyak wangi. Oleh kerana ambergris lebih ringan daripada air, ia mudah terapung di atas permukaan air. Biasanya ia dikutip di tengah laut atau yang terdampar di pantai. Walaupun berbau hamis, tetapi setelah dikeringkan selama beberapa bulan,baunya bertukar menjadi aroma memikat.
CastoreumBahan beku yang diperoleh daripada sepasang kelenjar dalam tubuh memerang. Kelenjar ini menghasilkan minyak yang berfungsi melindungi bulu memerang daripada pengaruh perubahan cuaca. Haiwan ini banyak ditemui di Eropah tetapi kini semakin terancam dan hanya boleh ditemui di Amerika Utara dan Rusia. Selain kelenjarnya yang berharga, permintaan ke atas bulunya juga menjadikan haiwan ini sebagai buruan. Castoreum adalah penguat bau minyak wangi yang terbaik. Biasanya ia digunakan untuk membuat minyak wangi bagi kaum lelaki.
MuskDalam istilah dunia minyak wangi, musk adalah aroma yang dikeluarkan oleh kelenjar perut rusa jantan yang tidak bertanduk (musk deer). Rusa jenis ini banyak ditemui di Asia Tengah dan pergunungan Himalaya. Rusa jenis ini juga termasuk dalam spesies yang dilindungi dan pembunuhannya diharamkan. Oleh kerana itu, pemburu selalunya menjerat rusa ini untuk mendapatkan kelenjarnya dan dilepaskan semula. Memandangkan sukar untuk mendapatkan musk asli, pembuat minyak wangi kini mula mengalih tumpuan kepada musk sintesis clan harganya juga jauh lebih murah.
Civet (Kucing Kasturi)Kucing kasturi terdiri daripada banyak spesies. Dalam industri pembuatan minyak wangi, hanya spesies yang berasal dari barat daya Ethiopia digunakan. Haiwan ini memiliki kantung perut berbentuk bulan sabit yang terletak di alat kelaminnya. Kantung perut ini menghasilkan viverreum bahan kental berwarna coklat dan mengeluarkan bau yang begitu kuat. Namun setelah diolah menjadi minyak wangi,kesan sensual dan kehangatannya begitu menyerlah.

Sumber Lain Dalam Penghasilan Minyak Wangi

Selain haiwan, hubungan antara bunga-bungaan dengan minyak wangi sukar dipisahkan. Bagaimanapun, penggunaan bunga sebagai bahan mentah tidak tercipta semalaman kerana untuk menghasilkan pati daripada bungaan ini memerlukan imaginasi yang tinggi dan kepakaran untuk mendapatkan keajaiban yang terkandung dalam tumbuhan ini.
Bunga MawarBerbanding bunga lain, mawar memiliki aroma yang begitu disukai oleh para pencipta wangian sejak 3,000 tahun lalu. Daripada beratus spesies mawar, hanya dua jenis yang menjadi pilihan untuk dijadikan minyak wangi – Rosa Centifolia yang dikenali sebagai mawar may atau provence yang banyak tumbuh di Maghribi dan Greece. Jenis kedua ialah Rosa Damascena yang banyak didapati di Turki dan Bulgaria.segi keromantisannya. Memancarkan Untuk menghasilkan sebanyak satu paun pati, memerlukan 2 hingga 5 tan bunga mawar. Aroma bunga mawar banyak diternui dalam perfume Joy dari Jean Patou dan perfume Paris dari Yves Saint Laurent.jadi simbol kenikmatan sensual dan minyak wangi klasik. Unsur keharumannya boleh diternui dalam perfume No. 5 dari Chanel, Joy dari Jean Patou, Arpege dari Lanvin, Fleur de Fleurs dari Nina Ricci dan First dari Van Cleef.
JasmineBunga ini sangat terkenal di kalangan pembuat perfume di Greece dan Perancis.Jasmine berasal dari Iran dan Asia Tengah dan dibawa ke Perancis sekitar tahun 1560 oleh pelaut Sepanyol. Bunga ini banyak ditemui kembang mekar di Mesir, Itali, Maghribi dan India. Untuk menghasilkan satu paun parti aromanya,sebanyak 4,000 kuntum diperlukan.Sekitar 1930-an pembuat minyak wangi menggunakan sekitar 10 peratus pati bunga ini tetapi ketika ini penggunaannya dalam pembuatan minyak wangi menurun hingga 1 dan 2 peratus.
Bunga jasmine digunakan secara meluas dalam industri pembuatan minyak
wangi dan tidak ada minyak wangi yang boleh dikatakan sempurna tanpa campuran pati bunga jasmine. Bunga ini dianggap sebagai jantung kepada untuk beberapa minyak wangi klasik. Unsur harumannya boleh ditemui dalam perfume No.5 dari Chanel, Joy dari Jean Patou, Arpege dari Lanvin, Fleur de Fluers dari Nina Ricci dan Firet dari Van Cleef.
TuberoseMula menjadi popular semasa pemerintahan Raja Louis XV di Perancis.Harumannya boleh diternui dalarn campuran minyak wangi oriental seperti Poison dari Christian Dior.
NarcissusBunga ini berasal daripada kawasan pergunungan Alps dan dianggap sebagai bahan mentah minyak wangi yang begitu mahal. Harga bagi satu paun mencapai AS$1 dan untuk menghasilkan satu paun patinya,memerlukan 1,200 paun bunga narcissus.
Bunga limau Atau NeroliBunga ini sering dikaitkan dengan wanita dan lambang keperawanan dan berasal dari selatan China. Seribu paun bunga limau boleh menghasilkan satu paun patinya yang dkenali sebagai Neroli.
LavenderMenyerupai mawar tetapi kurang dari segi keromantisannya. Memancarkan aroma yang segar tetapi sekarang ini semakin jarang digunakan dalam industri pembuatan perfume.
Ylang YlangMembangkitkan keindahan dan kelembapan alam tropika. Bunga ini berasal dari Filipina dan tersebar ke Kepulauan Comoros dan Madagaskar. Bunga ini menjadi simbol kenikmatan dan rayuan.
Selain mengambil pati daripada bunga-bungaan, bahagian-bahagian lain daripada tumbuhan turut dipakai dalam industri pembuatan perfume. Contohnya daun, akar, lumut (termasuk lumut pohon oak yang disebut mosses yang menghasilkan campuran aroma chypre), kayu (termasuk kayu sandalwood dari India), getah, damar, buah (lemon, anggur, citrus)dan biji-bijian (lada).

Selain memperolehi essens daripada binatang dan tumbuhan, industri pembuatan minyak wangi kini lebih banyak menghasilkan aroma melalui proses sintesis.

Antaranya, parlum Chanel No. 5 tidak akan lahir tanpa aldehyde – cairan yang terbentuk hasil oksidasi alkohol murni.Ernest Beaux yang bekerja sebagai pencampur perfume di Coco Chanel, menjadi orang pertama yang menggunakan bahan sintesis ini. Hari ini, usaha beliau terbukti berjaya melonjakkan Chanel No. 5.Sejarah itu tercipta pada tahun 1952.
Sebelum ilmu kimia mengambil alih penciptaan aroma untuk wangian, penghasilan wangian dibuat secara sederhana,menggunakan bahan mentah berkualiti tinggi. Kerana pengeluarannya yang agak terbatas,pasarannya juga agak eksklusif.Dengan menggunakan teknik headspace yang kini banyak dipakai dalam industri pembuatan perfume , ahli kimia berupaya untuk menangkap atmosfera aroma bunga, pohon bahkan tanah dihutan dan tepi pantai.
Dengan menggunakan kecanggihan teknologi komputer,mereka berjaya mengurai beberapa aroma tersebut sehingga kepada komponen molekulnya. Bahkan bukan sesuatu yang aneh jika, Beaux pernah berkata “Kita harus bersandar pada ilmu kimia untuk menemukan elemen-elemen baru. Tidak diragukan lagi, masa depan industri perfume bergantung kepada tangan ahli kimia.” Kini terbukti apa yang dikatakan oleh Beaux adalah benar.

Categories: